Awal Kisah

Salam Sumer...



Saya mengenali PTC melalui pembacaan kerana minat saya tehadap perniagaan di internet. Saya mula berjinak dengan internet semenjak tahun 2004, banyak yang saya laburkan dari segi masa and wang demi pemahaman dan pengalaman dunia duit di internet. Namun semenjak bermula dari 2004 ke 2011 tidak pernah masuk satu sen kedalam kocek saya datang dari dunia internet. Mungkin akibat salah langkah atau kerana saya juga ada pekerjaan yang tetap yang menjadikan saya tidak memandang internet ini sebagai pendapatan untuk saya bergantung. Saya lebih fokus kepada internet jual, beli barang, pengiklanan , website. 




Bukan saya kata ianya tak bagus, tapi cabarannya adalah “trafik”dan untuk mencipta satu produk internet yang menarik dan memanggil pengunjung utk melawat produk anda. Walaupun dengan PTC, saya masih percayakan internet konvensional dimana ia lebih stabil berbanding PTC . Ini lah alasan untuk saya mengambil masa yang lama sebelum memberanikan diri. 
 
Kita selalu diingatkan supaya menghargai “5 perkara sebelum 5 perkara”. Dengan itu saya rasa sedikit dari pendapatan saya, saya mencuba dunia PTC. Kerana minat dan ingin merasa pendapatan dari dunia internet tetap membara di hati saya (chey!) dan mana tahulah kalau izin tuhan rezeki saya lebih -”Kalau tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya kan”.
Persepsi dan kegerunan terhadap penipuan internet merupakan perkara utama yang menghalang atau menyebabkan saya tidak mahu melibatkan diri dalam PTC. Ia kembali membuka hati saya bila beliau yang baru mendapat kerja mula berjinak dgn PTC. Beliau selalu memberitahu saya perkembangan pendapatan dia melalui PTC. (Lawati Blog tentang kejayaan beliau).




 


Apa yang saya tengok, beliau sering meletakkan bukti bayaran di internet. Dari USD 2 sehari, sehingga USD 16 sehari dan paling terbaru beliau mengeluarkan , tak banyak USD 72 sebulan. Cuma saya terfikir, bila dia berjaya keluarkan maksud benda tu betul. Dan saya meneliti sendiri melalui research saya di internet. Kita hanya perlu melihat ;
  1. Syarikat yang membayar – semak bukti pembayaran
  2. Syarikat yang lama active – ada yang katakan 3 bulan cukup lama utk PTC company
  3. Web yang nampak serius – bagi membezakan web yng menipu
  4. Support forum – ada support forum yang aktif and menjawab soalan yang di aju
Setelah saya teliti, syarikat yang beliau sertai memenuhi ciri diatas. Dan saya kata, bisnes dimana pun ada risiko, janji kita jangan terlingkup dah.
 


Kemudian berurusan secara bijak dan jangan tamak, maksud saya strategi kena betul dan jangan terlalu ghairah untuk melabur untuk dapat pendapatan yang cepat kerana ada PTC yang niat “memasang perangkap”dan boleh menutup site mereka bila mereka rasa sesuai. Macam perniagaan lain juga, perkara utama yang anda perlu fokus adalah mendapat balik pelaburan anda secepat mungkin dan mula meraih keuntungan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More